Wednesday, 30 January 2013

MINGGU 5: MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web Bahasa Melayu.


Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu.


Langkah 1: 

  • Mencari dan mendapatkan tapak atau web untuk membina laman.
  • Tapak laman secara percuma mudah didapati dan boleh memilih mana-mana tapak yang disukai.
  • Antaranya ialah:

  1. GeoCities 
  2. Tripod
  3. Angelfire Communication
  4. StarText Free Personal Homepages

  • Contoh tapak laman web:
  1. Klik Start Now dan isi borang pendaftaran seperti yang berikut: 


Langkah 2:

  • Isikan semua butiran yang diperlukan.
  • Klik butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:


Langkah 3:

  • Isikan semua butiran yang diperlukan ke dalam borang pendaftaran.


Langkah 4:

  • Setelah selesai mendaftar, paparan pemuka akan ditayangkan.
  • Maka, klik File Manager seperti di bawah:


Langkah 5:

  • Paparan seterusnya akan ditayangkan dan bersedia untuk memuat naik fail ke File Manager.


Langkah 6: 

  • Seterusnya klik pada tanda 'V' pada kotak opsyen Upload seperti yang ditunjukkan pada paparan di atas.
  • Setelah klik, paparan berikut akan dapat dilihat.


Langkah 7:

  • Klik pada single files (8).
  • Setelah klik, paparan untuk memuat naik seperti yang berikut akan dapat dilihat.


Langkah 8:

  • Klik pada butang Browse.
  • Klik kotak Make lowercase dan kotak Allow overwrite.
  • Baca penerangan yang ada pada paparan memuat naik tentang Make lowercase dan Allow overwrite.
  • Setelah butang Browse diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.


Langkah 9:

  • Klik pada index dan klik open.
  • Paparan berikut akan dapat dilihat, kemudian klik butang Upload.


Langkah 10:

  • Apabila Upload diklik, paparan berikut akan ditunjukkan di skrin komputer.


  • Pada paparan skrin, akan ditunjukkan Upload OK, dan ditunjukkan fail yang dimuat naik iaitu File 1://index.htm. klik Close.
  • Paparan berikut akan ditayangkan selepas klik Close.


Langkah 11:

  • Dapat dilihat index.htm telah dimasukkan ke dalam File Manager.
  • Fail index.htm ialah fail kerja yang telah Publish To The Web dan secara semulajadinya telah diberikan nama index.
  • Tapak Pembelajaran boleh diletakkan pada Laman Web dengan meneruskan langkah memuat naik Laman Web Pembelajaran.
  • Klik pada kotak kecil yang terletak di sebelah index.htm
  • Selepas itu, klik Edit. Paparan seterusnya seperti di bawah.


Langkah 12:

  • Klik Save kemudian klik Done.
  • Setelah selesai klik Done, paparan berikut akan ditunjukkan.

Monday, 28 January 2013

MINGGU 4: PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

  • Guru perlu memilih bahan bersesuaian dengan pengajaran bagi mendapatkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Pemilihan bahan boleh merangkumi bahan:
  1. Memilih bahan sastera
  2. Memilih bahan tatabahasa
  3. Memilih bahan bidang ilmu lain


ASPEK-ASPEK PENILAIAN



FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN BAHAN


MEMILIH BAHAN TATABAHASA

=) Jenis-jenis Bahan Tatabahasa

MEMILIH BAHAN BIDANG ILMU LAIN


  • Ilmu Agama
  • Ilmu Sains
  • Ilmu Matematik
  • Ilmu Sejarah
  • Ilmu Kajian Geografi
  • Ilmu Semasa




Saturday, 19 January 2013

MINGGU 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET



  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet.
  • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint.


OBJEKTIF KOD ETIKA

  • Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer.
  • Memahami prinsip etika komputer.
  • Memahami etika profesional Teknologi Maklumat.
  • Mengetahui fungsi kod etika profesional.
  • Keperluan etika komputer.


PRINSIP

- keseimbangan
  • Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
- Keizinan termaklum
  • Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
- Keadilan
  • Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
- Meminimumkan risiko
  • Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.

ETIKA

  • Etika komputer umumnya ialah satu bidang tentang penggunaan komputer yang betul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

KOD ETIKA

  • Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  • Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  • Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
  • Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
  • Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
  • Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
  • Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
  • Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
  • Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

ISU ETIKA

  • Harus ada perkhidmatan penting dalam matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.
  • Menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan tugas.
  • Mendapatkan latihan yang khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas pekerjaan itu dalam jangka masa tertentu.
  • Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan profesional itu ialah pakar dalam bidang tertentu.
  • Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi dengan tidak mementingkan keuntungan wang (gaji) semasa menjalankan tugas.
  • Mempunyai tatasusiala perkhidmatan yang harus dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulan profesion itu.

  

KEBERSENDIRIAN

  • Maklumat tentang seseorang yang boleh atau perlu diberitahu atau diketahui oleh orang lain.
  • Jenis pengawasan yang boleh dilakukan oleh majikan ke atas kakitangan.
  • Perkara yang boleh disimpan secara peribadi yang tidak boleh dipaksakan untuk dimaklumkan kepada pihak lain.
  • Maklumat tentang individu yang perlu disimpan dalam pangkalan data. 

KETEPATAN MAKLUMAT

  • Bertanggungjawab tentang ketulenan, kesetian, ketepatan maklumat yang dikumpul.
  • Memastikan maklumat diproses dengan sempurna dan dipersembahkan dengan tepat kepada pengguna.
  • Bertanggungjawab bagi ralat dalam maklumat, dan pihak yang terjejas boleh dipampas.

HAK MILIK

  • Orang yang memiliki maklumat.
  • Menetapkan harga yang adil dan berpatutan sebagai pertukaran maklumat.
  • Mampu mengendalikan cetak rompak perisian yang dilindungi hak cipta.
  • Seseorang boleh menggunakan pangkalan data yang mempunyai hak milik.


CAPAIAN

  • Seseorang yang dibenarkan mengakses maklumat.
  • Bayaran dikenakan kerana membenarkan capaian maklumat.
  • Capaian pada komputer disediakan kepada kaki tangan yang tidak berupaya.

KOD ETIKA PROFESIONAL

  •  Mengelakkan kemusnahan dan kemudratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
  • Menyumbangkan kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
  • Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
  • Bersikap adil dan tidak menindas.
  • Menghormati hak cipta orang lain.
  • Menghormati hak kebersendirian orang lain.





MEMINDAHKAN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DALAM BENTUK BROSUR DAN POWERPOINT 


BROSUR


Langkah 1:
  • Klik pada Icon Microsoft Publisher


Langkah 2:
  • Klip pada Icon brosur


Langkah 3:
  • Pilih "templates brosur yang anda suka.


Langkah 4:
  • Masukkan maklumat ke dalam brosur yang telah dipilih tadi.
  • Kemudian hias mengikut kreativiti anda.
  • Contoh brosur yang telah siap: 



 CONTOH BROSUR ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

 

POWER POINT


Langkah 1:
  • Klik pada Icon Power Point.


Langkah 2:
  • Pilih latar belakang yang sesuai dan menarik.


Langkah 3:
  • Kemudian pilih huruf yang sesuai dan boleh dilihat dari jauh saiz huruf yang sesuai untuk power point sekurang-kurangnya saiz 22.
  • Pilih warna huruf yang sesuai dan boleh dilihat. 
  • Lihat contoh dibawah ini:


Langkah 4:
  • Jika ingin ke "slide" ke dua anda boleh klik pada icon "home", kemudian klik pula pada icon "new slide".


Langkah 5:
  • Ulang langkah 2 dan langkah 3 sehingga siap semua maklumat yang ingin dimasukkan.


Langkah 6:
  • Setelah Power Point siap, klik pada icon "save" supaya segala maklumat tidak hilang.

MINGGU 2 : MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU.

1.1 Mengumpulkan dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.

1.2 Mengumpulkan bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.



ENJIN PENCARI

  • Merupakan software yang digunakan untuk mencari maklumat.
  • 'Enjin Pencari' dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
  • Kata kunci mestilah terdiri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.


TUJUAN DAN JENIS ENJIN PENCARI

- Tujuan (konteks pendidikan)

  • Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
  • memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.
- Jenis 'Enjin Pencari'


Enjin Pencari Boleh Dilihat:


-Internet




- Komputer atau laptop (Intranet)




- Halaman dalam Microsoft Office Word




- Halaman dalam Internet





1.1 MENGUMPUL DAN MENGKATEGORIKAN BAHAN AUDIO, VIDEO, GRAFIK DAN TEKS.






1.2 MENGUMPUL BAHAN DARIPADA INTERNET KE DALAM FOLDER BERDASARKAN KEMAHIRAN BAHASA.



  • Setelah mengumpul segala bahan daripada internet, bahan-bahan tersebut boleh menyimpan ke dalam folder mengikut tajuk atau bahan yang telah dicari.

  • Lihat contoh di bawah:





Sunday, 13 January 2013

MINGGU 1: 

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

1.1 Menggunakan laman web, bahan video, audio, dan imej


Menggunakan laman web.

=) Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet    seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. 

=) Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.

=) Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

=) Contoh alamat pembekal maklumat internet:










=) Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search.


Menggunakan video

=) Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.

=) Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com Lihat contoh di bawah.


=) Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.

=) Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader.

=) Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.

=) Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan.


Downloader video untuk Youtube


=) Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.

=) Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.

=) Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik.

=) Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1.

=) Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.


1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

=) Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke  dalam kotak pencari. 

=) Sila lihat contoh di bawah.



=) Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan  seperti yang berikut.

=) Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.

=) Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.

=) Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.

=) Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

=) Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.



1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.

=) Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. 

=) Sila lihat prosedur di bawah.


1.3.1 Alamat Internet

=) Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu.

=) Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak.

=) Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.

=) Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. 

=) Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

=) Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi

=) Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. 

=) Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.



1.3.2 Katalog Alamat Internet

=) Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat   internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.

=) Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.

=) Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah.

=) Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis.


Sila lihat contoh yang berikut.

Contoh Katalog Alamat Internet: