Saturday, 19 January 2013

MINGGU 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET



  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet.
  • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint.


OBJEKTIF KOD ETIKA

  • Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer.
  • Memahami prinsip etika komputer.
  • Memahami etika profesional Teknologi Maklumat.
  • Mengetahui fungsi kod etika profesional.
  • Keperluan etika komputer.


PRINSIP

- keseimbangan
  • Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
- Keizinan termaklum
  • Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
- Keadilan
  • Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
- Meminimumkan risiko
  • Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.

ETIKA

  • Etika komputer umumnya ialah satu bidang tentang penggunaan komputer yang betul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

KOD ETIKA

  • Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  • Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  • Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
  • Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
  • Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
  • Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
  • Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
  • Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
  • Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

ISU ETIKA

  • Harus ada perkhidmatan penting dalam matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.
  • Menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan tugas.
  • Mendapatkan latihan yang khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas pekerjaan itu dalam jangka masa tertentu.
  • Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan profesional itu ialah pakar dalam bidang tertentu.
  • Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi dengan tidak mementingkan keuntungan wang (gaji) semasa menjalankan tugas.
  • Mempunyai tatasusiala perkhidmatan yang harus dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulan profesion itu.

  

KEBERSENDIRIAN

  • Maklumat tentang seseorang yang boleh atau perlu diberitahu atau diketahui oleh orang lain.
  • Jenis pengawasan yang boleh dilakukan oleh majikan ke atas kakitangan.
  • Perkara yang boleh disimpan secara peribadi yang tidak boleh dipaksakan untuk dimaklumkan kepada pihak lain.
  • Maklumat tentang individu yang perlu disimpan dalam pangkalan data. 

KETEPATAN MAKLUMAT

  • Bertanggungjawab tentang ketulenan, kesetian, ketepatan maklumat yang dikumpul.
  • Memastikan maklumat diproses dengan sempurna dan dipersembahkan dengan tepat kepada pengguna.
  • Bertanggungjawab bagi ralat dalam maklumat, dan pihak yang terjejas boleh dipampas.

HAK MILIK

  • Orang yang memiliki maklumat.
  • Menetapkan harga yang adil dan berpatutan sebagai pertukaran maklumat.
  • Mampu mengendalikan cetak rompak perisian yang dilindungi hak cipta.
  • Seseorang boleh menggunakan pangkalan data yang mempunyai hak milik.


CAPAIAN

  • Seseorang yang dibenarkan mengakses maklumat.
  • Bayaran dikenakan kerana membenarkan capaian maklumat.
  • Capaian pada komputer disediakan kepada kaki tangan yang tidak berupaya.

KOD ETIKA PROFESIONAL

  •  Mengelakkan kemusnahan dan kemudratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
  • Menyumbangkan kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
  • Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
  • Bersikap adil dan tidak menindas.
  • Menghormati hak cipta orang lain.
  • Menghormati hak kebersendirian orang lain.





MEMINDAHKAN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DALAM BENTUK BROSUR DAN POWERPOINT 


BROSUR


Langkah 1:
  • Klik pada Icon Microsoft Publisher


Langkah 2:
  • Klip pada Icon brosur


Langkah 3:
  • Pilih "templates brosur yang anda suka.


Langkah 4:
  • Masukkan maklumat ke dalam brosur yang telah dipilih tadi.
  • Kemudian hias mengikut kreativiti anda.
  • Contoh brosur yang telah siap: 



 CONTOH BROSUR ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

 

POWER POINT


Langkah 1:
  • Klik pada Icon Power Point.


Langkah 2:
  • Pilih latar belakang yang sesuai dan menarik.


Langkah 3:
  • Kemudian pilih huruf yang sesuai dan boleh dilihat dari jauh saiz huruf yang sesuai untuk power point sekurang-kurangnya saiz 22.
  • Pilih warna huruf yang sesuai dan boleh dilihat. 
  • Lihat contoh dibawah ini:


Langkah 4:
  • Jika ingin ke "slide" ke dua anda boleh klik pada icon "home", kemudian klik pula pada icon "new slide".


Langkah 5:
  • Ulang langkah 2 dan langkah 3 sehingga siap semua maklumat yang ingin dimasukkan.


Langkah 6:
  • Setelah Power Point siap, klik pada icon "save" supaya segala maklumat tidak hilang.

No comments:

Post a Comment